Skip to main content

Tahun lepas, Blizzard melancarkan semula World Of Warcraft Classic yang mana ianya adalah permainan World Of Warcraft berdasarkan versi awal permainan tersebut yang mana ianya disertakan secara bersama buat pelanggan World Of Warcraft.

Terkini, setelah beberapa bulan pelancarannya, Blizzard mengumumkan yang mana mereka akan membawa kandungan Rise Of The Blood God buat permainan tersebut.

Semestinya dengan ini yang dibawakan kembali akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan termasuklah lokasi Zul’Gurub yang mana salah satu lokasi di Stranglethorn Vale yang membenarkan pemain untuk melakukan misi raid sehingga 20 pemain serentak dengan pelbagai barangan yang menarik.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, World Of Warcraft boleh dilanggan dengan harga bermula $14.99(~RM65) sebulan khas di PC ataupun Mac. Untuk informasi lanjut, anda boleh ke pautan rasmi permainan tersebut.

Leave a Reply