Melalui laporan oleh Bloomberg, Sony dikatakan akan mengehadkan pengeluaran PS5 untuk tahun pertama tetapi tiada perubahan kepada tarikh ia akan dikeluarkan iaitu pada hujung tahun ini.

Mereka dikatakan merancang untuk mengeluarkan sebanyak 5-6 juta unit sahaja sehingga Mac 2021, berbeza dengan PlayStation 4 di mana ia terjual sebanyak 7.5 juta unit untuk 6 bulan pertama pengeluaran.

Perkara tersebut dikatakan adalah kerana permintaan untuk PS5 mungkin tidak setinggi yang diharapkan kerana harga semasa pelancaran yang mahal akibat kos produksi yang tinggi.

Selain itu, sumber daripada Sony juga mengatakan pandemik Covid-19 dikatakan tidak memberi kesan kepada keupayaan Sony untuk mengeluarkan konsol tersebut tetapi memberi kesan kepada promosi untuknya.

Oleh kerana itu, Sony dikatakan akan bergantung harap kepada PS4 untuk membawa pengguna baharu ke perkhidmatan mereka seperti PS Plus dan PS Now. Jadi, harga PS4 dan PS4 Pro akan mungkin diturunkan lagi apabila PS5 dilancarkan kelak.

Laporan ini juga mengatakan, keadaan semasa pandemik Covid-19 mungkin akan mengubah strategi Sony dari semasa ke semasa, tetapi untuk tarikh pelancaran, berkemungkinan besar tiada perubahan, terutama jika Microsoft melancarkan Xbox Series X tahun ini.

Penganalisa Damian Thong daripada Macquarie Capital mengatakan yang PS5 dan Xbox Series X mungkin akan dijual dengan harga lingkungan $450 (RM1900) di mana Sony dan Microsoft perlu menanggung kerugian yang agak besar dengan harga tersebut.

Sohor Kini