Mod Baharu Untuk PUBG Mobile Memerlukan Pemain Mengawal Suhu Badan

Jika anda merasakan melarikan diri daripada “circle”, melarikan diri daripada lawan, tidak cukup mencabar, Tencent dan PUBG Corp mengumumkan mod baharu iaitu Arctic Mode. Melaluinya, setiap pemain akan mempunyai suhu badan tersendiri, jika suhu jatuh ke paras yang tidak normal, pemain akan mendapat damage yang berterusan.

Mod ini akan berlaku di peta Vikendi dan pemain boleh mengawal suhu badan mereka dengan membina unggun api di dalam bangunan, dan memastikan api tersebut terus hidup. Pemain juga perlu mencari ayam, untuk dimakan, ya anda tidak perlu menang untuk dapatkan “chicken dinner” dan juga menggunakan pek pemanas ataupun nyawa.

Kemaskini menyertakan mod ini akan tiba bermula esok, di mana ia juga menyertakan papan luncur salji dan juga dron yang boleh dikawal jauh. PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android.

Sohor Kini