Capcom sebelum ini menjanjikan yang mana versi PC buat permainan Monster Hunter World: Iceborne akan menerima kemaskini serentak dengan versi konsol yang dilancarkan lebih awal dan kini, ianya akhirnya tiba secara rasmi.
Melalui kemaskini 13.5, Capcom mengumumkan yang mana kemaskini ini akan tiba pada 23 April 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC secara serentak yang mana kemaskini ini akan menyertakan misi pemburuan baharu iaitu Master Rank Kulve Taroth dan juga acara pemburuan terhad khas Arch-Tempered Namielle Elder Dragon.
Dengan kemaskini, kedua-dua versi konsol dan PC buat permainan tersebut kini disegerakkan dengan kandungan yang sama sekaligus tidak lagi membuatkan pemain di PC ketinggalan dari segi kandungan. Akan tetapi, dari segi kandungan tambahan eksklusif seperti Horizon Zero Dawn sebelum ini hanyalah terhad di konsol PlayStation 4.
Monster Hunter World: Iceborne merupakan penambahan khas buat Monster Hunter World yang telah pun dilancarkan sejak tahun lepas di konsol dan awal tahun ini di PC. Ianya merupakan satu permainan yang mendapat perhatian ramai oleh peminat dan merupakan permainan terlaris oleh Capcom menurut senarai judul Platinum oleh Capcom.