Skip to main content

Annapurna Interactive minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Journey di Steam pada 11 Jun 2020 ini.

Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di PC melalui Epic Games Store dan di konsol PlayStation 3 dan PlayStation 4. Menariknya bagi versi konsol PlayStation 4, Sony baru sahaja menawarkan permainan tersebut secara percuma sempena perintah kawalan pergerakan ini.

Journey akan meletakkan pemain untuk mengembara sebagai seorang watak berjubah merah di mana keseluruhan pengembaraannya, pemain akan mengembara di dalam pelbagai jenis lokasi dan menyelesaikan sebilangan tekaria. Apa yang membuat permainan ini sangat menarik adalah fungsi atas-taliannya di mana jika pemain berada di atas-talian, pemain akan menjumpai pemain lain dan berupaya untuk mengembara bersama.

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan versi Steam, anda boleh ke laman Steam rasmi permainan tersebut dan meletakkannya di dalam senarai hajat anda untuk mendapat pemberitahuan setelah ia dilancarkan Jun kelak.

[info] Layari Steam: Journey [/info]

Leave a Reply