Assassin’s Creed II Ditawarkan Percuma Untuk PC Sehingga 17 April

Jika sebelum ini, Ubisoft menawarkan Rayman Legends secara percuma, kali ini, mereka menawarkan Assassin’s Creed II pula. Ia boleh ditebus dan dimuat turun secara percuma bermula pada 14 April sehingga 17 April.

Assassin’s Creed II dikeluarkan pada tahun 2009 dan ia adalah permulaan kepada watak Ezio yang menjadi watak utama untuk tiga permainan Assassin’s Creed secara keseluruhan, yang boleh diperoleh secara berkas iaitu Assassin’s Creed: The Ezio Collection.

Tawaran ini boleh dikatakan singkat sahaja, jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya sebelum terlambat.

Uplay: Assassin’s Creed 2

Sohor Kini