Pada permulaan musim ke-6 pada awal tahun ini, PUBG membawa peta baharu iaitu Karakin dan ia mengambil tempat peta Vikendi yang “direhatkan” sekejap.
Bermulanya musim ke-7 dan kemaskini terbaru untuknya, PUBG Corp mengumumkan versi baharu Vikendi akan tiba kembali ke dalam permainan tersebut.
Versi baharu ini, akan mengurangkan salji di beberapa tempat untuk memastikan pemain boleh melihat dengan lebih jelas, namun, mereka menambah jumlah salji di bahagia utara peta.
Mereka juga mengubah-suai Dino Park menjadi Dino Land dengan disertakan pelbagai bangunan yang lebih menampakkan ia adalah bekas kawasan taman tema.
Penambahan paling menarik adalah, Vikendi juga kini mempunyai kereta api yang bergerak ke pelbagai bahagian peta untuk memberi pemain cara baharu melarikan diri ataupun melakukan gaya serangan baharu.
Kemaskini 7.1 yang menyertakan peta Vikendi ini akan tiba pada 21 April untuk PC dan 28 April untuk PlayStation 4 dan Xbox One.