Skip to main content

Activision hari ini berkongsi penambahan yang akan disertakan di dalam permainan pertempuran royale Call of Duty Warzone iaitu 2 mod permainan baharu.

Mod pertama adalah “Scopes and Scatter Guns” yang khusus untuk skuad Trios. Melalui mod ini, pemain hanya boleh menggunakan senjata jenis Sniper Rifle dan juga Shotgun. Buat masa ini, jika anda ingin bermain tiga pemain satu kumpulan, ia hanya boleh dilakukan melalui mod ini, pertempuran biasa hanya menyertakan Quads bermula musim ke-3 ini.

Mod seterusnya adalah Drop Zone, di mana setiap pasukan akan bertempur untuk menjadi pasukan paling lama berada di dalam Drop Zone. Pasukan pertama mencapai markah tertentu ataupun yang mempunyai markah tertinggi selepas sesi permainan berakhir akan memenangi perlawanan tersebut.

Activision juga mengumumkan berkas yang boleh dibeli oleh pemain, ia menyertakan senjata dan barangan kosmetik iaitu “Twin Dragons” dan “Cleanup Crew”.

Selain itu, Activision juga mengumumkan bermula pada 18 April sehingga 21 April, pemain yang bermain akan menerima gandaan pengalaman (XP) untuk dua kali ganda.

Call of Duty Warzone telah dilancarkan secara percuma untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply