Skip to main content

Universal minggu ini mengumumkan yang filem Trolls World Tour adalah filem terlaris pada hari pelancaran secara digital. Filem tersebut baru sahaja dikeluarkan di wayang pada bulan lepas, oleh kerana pandemik Covid-19, ia dikeluarkan secara digital.

Mereka juga mengatakan Trolls World Tour berada di tempat pertama untuk pelbagai platform penstriman seperti Amazon, Comcast, Apple dan FandangoNow. Namun, mereka tidak berkongsi sebarang nombor yang lebih berguna.

Trolls World Tour adalah salah satu daripada pelbagai filem yang ditawarkan secara digital, walaupun masih baru dikeluarkan di wayang ataupun tidak lagi dikeluarkan. Namun, kebanyakan tawaran ini tidak ditawarkan di Malaysia dan ia juga ditawarkan dengan harga yang sangat mahal iaitu $19.99 (RM86) untuk sewaan.

Kami sebelum ini sempat menonton filem ini, dan ulasan boleh ditonton di bawah.

Leave a Reply