Steam Mengumumkan Game Festival Musim Panas – Bermula Jun Ini

Sejak Disember lepas, Steam telah menganjurkan Game Festival di mana ia menawarkan pelbagai demo permainan yang masih tidak dikeluarkan untuk memberi peluang kepada pemain untuk mencubanya.

Hari ini mereka mengumumkan akan menganjurkan Game Festival untuk musim panas, di mana ia akan bermula pada 9 Jun 2020 sehingga 14 Jun 2020.

Ia sebelum ini hadir sebagai sebahagian daripada The Game Awards, kemudian Steam menganjurkan sekali lagi untuk memberi peluang kepada pemain untuk mencuba permainan yang sepatutnya diperlihatkan di GDC.

Penganjuran pada bulan Jun ini, berkemungkinan besar untuk menggantikan E3 yang dibatalkan pada tahun ini. Buat masa ini, Steam masih mencari pembangun yang berminat untuk menyertakan permainan mereka.

Jika anda pembangun ataupun pemain, anda boleh ke laman rasmi untuk acara ini, bagi maklumat lanjut.

Sohor Kini