Dengan bermulanya musim ke-2 untuk Marvel Super War, Netease mengumumkan permainan tersebut kini menyertakan kostum “Quantum Realm” daripada filem Avengers: Endgame untuk tiga watak iaitu Ant-man, War Machine dan Rocket Racoon.
Tambah mereka lagi, tiga watak ini adalah yang pertama dan mungkin akan lebih banyak watak bakal menerima kostum ini. Kostum tersebut akan menyertai hampir 20 kostum yang dihasilkan berdasarkan MCU antaranya kostum Iron Man dan Spider-man berdasarkan Infinity War.
Marvel Super War merupakan permainan MOBA berdasarkan watak Marvel. Ia sudah dilancarkan untuk iOS dan Android.