Bulan lepas, Neowiz melancarkan secara rasmi permainan DJ Max Respect V di PC melalui Steam, di mana ianya asalnya dilancarkan secara akses awal dan adalah versi tambahan khas berbanding versi PlayStation 4 yang dilancarkan sebelum ini.

Terkini, bagi pemain PlayStation 4 yang berasa mereka agak ketinggalan atas sebab tidak mempunyai kandungan tambahan tersebut, anda tidak lagi perlu khuatir di mana Neowiz hari ini umum kandungan tambahan “V Extension” dan “Emotional Sense” akan tiba di versi PlayStation 4 pada 16 April 2020 ini.

Seperti di versi PC, melalui penambahan V Extension ini, Neowiz akan menyertakan 20 lagu tambahan seperti:

  • welcome to the space (feat. Jisun)
  • NANAIRO
  • Never Die
  • Lost Temple
  • Lisrim
  • Maharajah -fenomeno edition-
  • FIGHT NIGHT (feat. Calyae)
  • BLACK GOLD
  • Vile Requiem
  • Attack
  • WONDER $LOT 777
  • Do it
  • Fancy Night
  • Space Challenger
  • Kensei
  • Remember Me
  • Misty Er’A
  • Lost Serenity
  • Move Yourself
  • Dream it

Selain itu, bagi penambahan Emotional Sense pula, Neowiz akan menyertakan 8 lagu daripada permainan DJ Max 2004 Online iaitu:

  • Knowledge System
  • Yo! Max!
  • Cosmic Elevator
  • Space of Soul
  • Real Over Drive
  • Feel
  • Urban Night
  • Super Lovely

Bagi pemain di PC pula, semestinya Neowiz tidak melupakan anda yang mana pada masa yang sama, mereka juga umum pelbagai kandungan tambahan yang bakal tiba buat pemain di Steam. Antaranya pek penambahan Trilogy yang bakal tiba esok, 14 April 2020 yang menyertakan 20 lagu daripada permainan sebelum ini bersama-sama dengan penambahan Groove Coaster yang terdiri daripada:

  • Memory of Wind
  • Catch You
  • Mind Control
  • My Jealousy
  • NB Girls
  • Someday
  • STOP
  • Streetlight
  • Talk! Talk!
  • The One
  • Ventilator
  • ZET
  • For Seasons ~Air Guitar Mix~
  • A Lie ~Deep Inside Mix~
  • Bye Bye Love ~Nu Jazz Mix~
  • Get Out ~Hip Noodle Mix~
  • sO mUCH iN LUV ~Melodic Twisted Mix~
  • Syriana ~Blast Wave Mix~
  • Yo Creo Que Si ~Live House Version~
  • Your Own Miracle ~Disco House Mix~
  • Nevermind – Paul Bazooka
  • Black MInD
  • Good Night, Bad Luck
  • Got more raves?
  • Groove Prayer
  • HB-axeleration
  • Marry me, Nightmare
  • ouroboros -twin stroke of the end-
  • OVER THE NIGHT
  • Satisfiction
  • Warrior

Jadi bagi anda yang berminat untuk dapatkan set penambahan muzik-muzik tersebut, anda boleh dapatkannya kelak menjelang minggu ini di versi PlayStation 4 dan juga versi PC melalui Steam.

Sohor Kini