Beberapa tahun lepas, Inti Creates melancarkan permainan Dragon Marked For Death di konsol Switch yang mana ianya merupakan permainan pengembaraan 2 Dimensi RPG yang memfokuskan dunia fantasi.
Terkini, Inti Creates menyatakan yang mana permainan tersebut akan dilancarkan di PC melalui Steam pada 21 April 2020 ini.
Dragon Marked For Death memfokuskan epmain untuk bermain puak Dragonblood yang mana mereka ingin membalas dendam selepas kerajaan Kingdom Of Medius menghancurkan kampung mereka dan menangkap Dragonblood Oracle iaitu Amica.
Dengan berbentuk permainan RPG, pemain berupaya untuk mempelajari pelbagai jenis kemahiran dengan melakukan misi-misi di mana permainan ini juga menyertakan 4 jenis watak yang pemain boleh gunakan iaitu watak berkelas Empress, Warrior, Shinobi ataupun Witch.
Bagi anda yang berminat dengan permainan bergenre sebegini, anda boleh mendapatkannya menjelang minggu hadapan di Steam yang mana bagi anda yang membeli permainan sebelum 4 Mei 2020, Inti Creates juga akan menyertakan kandungan bonus khas Striker Gear. Bagi versi Switch ianya boleh dibeli di Nintendo eShop dengan harga $14.99(~RM65).