Call of Duty: Warzone dilancarkan secara rasmi pada 10 Mac lepas, dan pada 11 April, Activision telah mengumumkan permainan pertempuran royale tersebut telah mempunyai lebih 50 juta pemain.
Kejayaan ini sudah dijangka, akan tetapi ia masih satu pencapaian yang sangat baik. Warzone sebelum ini telah mendapat 15 juta pemain selepas 3 hari dikeluarkan dan 30 juta pemain selepas 10 hari.
Gabungan judul yang sudah dikenali ramai iaitu Call of Duty dan permainan percuma sudah semestinya resipi untuk kejayaan. Call of Duty Warzone dan Call of Duty Mobile sudah semestinya akan menjadi dua permainan yang penting untuk Activision.
Call of Duty: Warzone sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.