Netflix hari ini melalui ruangan akan datang di aplikasi mereka mengumumkan yang beberapa siri anime akan hadir pada bulan ini dan juga pada awal bulan depan.

Berikut adalah antara anime yang akan tiba;

  • One Punch Man Musim 2 – 30 April
  • Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – 30 April
  • Ghost in the Shell SAC_2045 – 23 April
  • Kaguya-Sama Love is War Musim 2 – 28 April
  • Asobi Asobase: Workshop of Fun – 2 Mei

One Punch Man Musim ke-2 sudah mula ditayangkan pada 9 April tahun lepas di mana musim tersebut berakhir pada 2 Julai. Manakala Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba, musim pertama berakhir pada 28 September lepas. Manakala Kaguya-Sama Love is War musim ke 2 akan bermula bulan ini, jadi mungkin Netflix akan mendapat terus setiap episod baharu.

Selain anime-anime yang tersenarai di atas, anda boleh rujuk senarai yang kami sertakan untuk siri-siri serta filem yang akan tiba di Netflix pada bulan ini – Ini Adalah Senarai Siri Dan Filem Di Netflix Buat Bulan April 2020.

Sohor Kini