Informasi Permainan Video Terkini
Tonton Beberapa Siri Penuh Apple TV+ Secara Percuma Bermula Esok

Tonton Beberapa Siri Penuh Apple TV+ Secara Percuma Bermula Esok

Diterbitkan pada Apr 10, 2020 oleh .

Apple hari ini telah menawarkan beberapa siri daripada Apple TV+ secara percuma kepada penduduk Amerika Syarikat, serta bermula esok untuk pasaran global.

Berikut adalah senarai siri yang disertakan Dickinson, For All Mankind, Ghostwriter, Helpsters, Little America, Servant, Snoopy in Space, dan The Elephant Queen.

Ia boleh ditonton melalui laman khusus (pautan kami sertakan dibawah) yang boleh diakses menggunakan aplikasi Apple TV yang terdapat di peranti Apple serta televisyen pintar yang menyokongnya, buat masa ini kami tidak dapat pastikan jika ia juga boleh diakses melalui pelayan.

Jika anda ingin bermula lebih awal, kesemua siri Apple TV+ boleh ditonton secara percuma untuk 1 hingga 2 episod terawal. Apple tidak mengumumkan sampai bila tawaran ini akan diberikan tetapi ia adalah untuk masa terhad.

Apple TV+: Free for Everyone


TIPS & ULASAN