Dengan pelancaran permainan Final Fantasy VII Remake hari ini, semestinya ia adalah satu hari yang dinanti-nantikan oleh peminat seluruh dunia untuk kembali ke Midgar setelah lebih dari 20 tahun bermain permainan asalnya di PlayStation 1 beberapa tahun lepas.
Bersempena dengan itu, Yoshinori Kitase iaitu penerbit permainan tersebut juga berkongsi satu video mesej khas berkenaan permainan tersebut yang mana beliau berkongsi beberapa perubahan buat permainan tersebut di samping mengucapkan pemain selamat bermain.
Bagi anda yang ingin menonton video tersebut anda boleh menontonnya di bawah.
Menariknya, video tersebut juga memaparkan satu mesej di bawah yang menyatakan bentuk permainan yang dipertayangkan di ambil daripada PC. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan Final Fantasy VII Remake adalah eksklusif di PlayStation 4 sehingga April 2021.
Jadi, ini juga berkemungkinan permainan ini turut akan dilancarkan di PC kelak? Walaubagaimana pun, Square-Enix masih belum mengumumkannya secara rasmi dan kami pasti akan berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaannya.
Final Fantasy VII Remake telah pun dilancarkan di PlayStation 4 hari ini di mana kami juga telah pun membuat ulasan penuh buat permainan tersebut yang mana ada boleh membacanya di bawah.
Selain itu, penulis kami juga berkongsi beberapa tips bermain permainan tersebut yang mana pasti akan membantu anda sepanjang sesi permainan Final Fantasy VII Remake ini dan kami percaya ianya akan memberi sedikit kemudahan dan kelancaran buat pengalaman anda di Midgar.