Informasi Permainan Video Terkini
Volition Mengesahkan Permainan Seterusnya Saints Row Dalam Pembangunan
PC

Volition Mengesahkan Permainan Seterusnya Saints Row Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada Apr 10, 2020 oleh .

Dengan pengumuman permainan pernambah-baikkan Saints Row: The Third baru-baru ini, ramai tertanya sama ada THQ Nordic akan melancarkan permainan Saints Row seterusnya seperti yang dijanjikan oleh mereka sebelum ini.

Melalui kuciran di Twitter melalui akaun rasmi permainan Saints Row, tampaknya persoalan tersebut tidak perlu diragui di mana mereka mengesahkan yang mana permainan Saints Row seterusnya sememangnya dalam pembangunan oleh Volition.

Menariknya juga, pembangun tersebut juga mengesahkan yang mana permainan pernambah-baikkan yang akan tiba kelak, sedang dibangunkan oleh Sperasoft sekaligus mengesahkan lagi yang mana permainan Saints Row dibangunkan oleh pembangun Volition.

Semestinya buat masa ini, kita masih belum mengetahui sama ada permainan Saints Row seterusnya akan dinamakan Saints Row 5 ataupun sebarang informasi lanjut berkenaannya. Namun kami percaya dengan kembalinya siri ini di konsol-konsol generasi kini, kami pasti THQ Nordic pasti akan membawa lebih banyak kandungan pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN