Informasi Permainan Video Terkini
Epic Games Store Menawarkan Close to the Sun Dan Sherlock Holmes Sebagai Permainan Percuma
PC

Epic Games Store Menawarkan Close to the Sun Dan Sherlock Holmes Sebagai Permainan Percuma

Diterbitkan pada Apr 10, 2020 oleh .

Kami berharap anda sudah menebus kesemua permainan yang ditawarkan percuma pada minggu lepas, iaitu 4 permainan. Manakala bagi tawaran minggu ini pula, mereka menawarkan dua iaitu Close to the Sun dan Sherlock Holmes Crimes and Punishments.

Close to the Sun adalah permainan pengembaraan seram, di mana pemain perlu menyelamatkan diri daripada satu bangunan dengan menyelesaikan tekaria mencari kunci dan sebagainya. Ia dibangunkan oleh Storm in a Teacup dan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC sejak tahun lepas.

Manakala Sherlock Holmes Crimes and Punishments, adalah permainan pengembaraan misteri yang memerlukan pemain untuk menyiasat dengan mencari klu serta menyelesaikan tekaria. Ia dibangunkan oleh Frogwares dan dikeluarkan untuk PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox 360, Xbox One dan PC sejak tahun 2014.

Tawaran ini adalah sehingga 16 April 2020 sahaja sebelum digantikan dengan Just Cause 4 dan Wheels of Aurelia. Jadi tebus sebelum ia berakhir.

Epic Games Store: Close to the Sun

Epic Games Store: Sherlock Holmes Crimes and Punishments


TIPS & ULASAN