Skip to main content

Semasa Fallout 76 pertama kali dikeluarkan, Bethesda mempunyai satu idea yang boleh dikatakan unik, iaitu permainan ini tidak akan menyertakan NPC dan pemain lain yang akan menggantikannya.

Namun, apabila ia dilancarkan, realitinya, ia tidak berjaya, permainan menjadi bosan dan ramai pemain tidak mempunyai dorongan untuk bermain. Mereka akhirnya, meninggalkan idea tersebut, dan melancarkan kemaskini Wastelander yang menyertakan watak NPC bersama dengan penceritaan tersendiri.

Video acah baharu yang dikongsi oleh mereka hari ini, memperlihatkan bagaimana ia akan disertakan. Kami kongsi video tersebut di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=P6gKivqVPdA

Berdasarkan apa yang diperlihatkan, boleh kami katakan, Fallout 76 kini nampak seperti permainan Fallout sebelum ini yang lebih digemari oleh pemain.

Fallout 76: Wastelanders akan dikeluarkan pada 14 April 2020 ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply