Skip to main content

Bandai Namco hari ini mengumumkan yang mana permainan perlawanan seterusnya oleh Arc System Works iaitu Guilty Gear Strive yang sering dilaporkan oleh kami sebelum ini, akan diterbitkan oleh mereka.

Menurut Bandai Namco, permainan tersebut akan diterbitkan oleh mereka buat pasaran Eropah dan Asia (Tidak termasuk Korea Selatan dan Jepun) sekaligus termasuklah buat pasaran Malaysia. Bandai Namco juga menyatakan permainan ini akan dilancarkan suku ke-4 tahun ini.

Guilty Gear Strive adalah permainan perlawanan berdasarkan siri Guilty Gear yang mana ianya memfokuskan bentuk pertempuran yang menggunakan senjata dengan pelbagai watak menarik. Ianya dijadualkan untuk dilancarkan sekitar tahun ini khas di konsol PlayStation 4.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, beta tertutup buat permainan ini akan berlangsung pada 16 hingga 19 April 2020 yang mana pendaftarannya telah pun ditutup. Jika anda berpeluang untuk dapatkan akses beta tersebut, nantikan emel dari Arc System Works yang akan dikongsikan sekitar minggu hadapan.

Leave a Reply