DotEmu hari ini mengumumkan yang mana permainan akan datang Streets Of Rage 4 akan menyertakan 12 watak daripada permainan siri asal Streets Of Rage sebelum ini dengan segala kemahiran dan bentuk permainan asal termasuklah rupa visual pixel mereka.

Dengan penyertaan watak-watak tersebut, permainan tersebut kini mencapai 17 jenis watak yang boleh dimainkan termasuklah 5 watak baharu yang diumumkan sebelum ini.

Bersempena dengan itu, DotEmu juga mengumumkan muzik retro asal siri Streets Of Rage juga disertakan bersama dengan permainan ini. Dengan pengumuman tersebut, DotEmu juga berkongsi satu video acah khas yang memperlihat segala watak dan muzik retro melalui video acah di bawah.

Streets Of Rage 4 bakal dilancarkan sekitar tahun ini di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam. Untuk segala informasi lanjut berkenaan permainan ini, anda boleh ke pautan ini.

Sohor Kini