Team 17 hari ini mengumumkan Overcooked! 2: Gourmet Edition akan tiba minggu ini secara digital untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch, manakala versi PC akan tiba pada 16 April ini. Melaluinya, pemain akan mendapat permainan asas Overcooked! 2 bersama dengan kesemua DLC yang dikeluarkan.
Berikut adalah video acah untuk edisi ini;
Permainan ini sebelum ini telah menerima 4 DLC iaitu Surf ‘n’ Turf, Campire Cook Off, Night of the Hangry Horde dan Carnival of Chaos di mana setiap-nya akan menyertakan peringkat, tukang masak dan resipi baharu.
Buat masa ini, ia tidak disenaraikan lagi, tetapi harga yang rasmi yang diumumkan oleh mereka adalah $48.49 (~RM210). Jika anda sudah memilik permainan ini, anda juga boleh dapatkan pas semusim yang dijual dengan harga RM87 di PS Store dan RM39 di Steam, manakala Nintendo eShop dan Xbox Store $19.99 (RM~87).