Seperti yang dijanjikan oleh Bandai Namco sebelum ini, permainan perlawanan One Punch Man: A Hero Nobody Knows akhirnya akan menerima watak DLC pertama iaitu Suiryu di mana ianya disahkan untuk tiba hari ini.

Jika anda yang pernah menonton siri anime One Punch Man, anda pasti mengetahui watak Suiryu yang mana beliau adalah johan sebanyak empat kali untuk pertandingan Super Fight yang mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri. Dengan penyertaan DLC ini, Bandai Namco juga menyatakan mereka akan sertakan pelbagai barangan pengubah-suaian watak.

Bagi anda yang berminat, watak DLC Suiryu boleh dibeli secara berasingan ataupun secara berkas melalui pas musim permainan tersebut dengan harga sekitar RM79 di PSN Store.

Juga bersempena dengan pelancaran DLC ini, Bandai Namco juga umum kemaskini percuma yang akan meneyrtakan lokasi Super Fight arena secara percuma.

One Punch Man: A Hero Nobody Knows telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini