Menurut laporan PCGamer, ESA kini mengesahkan yang mana acara digital yang diperkatakan sebelum ini ketika pengumuman pembatalan acara E3 2020 bulan lepas, tidak akan diadakan.

Berdasarkan juru cakap ESA, acara digital yang asalnya dirancang untuk di adakan Jun ini tidak lagi dalam perancangan syarikat tersebut. Menurut beliau, atas sebab wabak pandemik Covid-19 yang jelas sekali tidak menjadi semakin baik, mereka mengambil keputusan untuk hanya berkongsi dan mempromosi pengumuman-pengumuman lain daripada rakan kongsi untuk bulan-bulan akan datang.

Mereka juga menyatakan menjelang tahun hadapan, seperti yang diumumkan sebelum ini berkenaan tarikh acara E3 2021, ESA pasti akan membawa kandungan baharu yang akan menarik minat pengunjung.

Semestinya ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan dan dengan wabak pandemik yang semakin teruk sekarang ini, pilihan ini semestinya adalah satu pilihan yang baik untuk industri ini. Walaupun begitu, penerbit lain seperti Microsoft, Ubisoft mungkin akan mengadakan acara mereka sendiri.

Kami di Aksiz akan mengemaskini jika terdapat sebarang pengumuman berkenaannya dan pada masa ini, pastikan anda juga berwaspada dan duduk di rumah untuk mengurangkan wabak ini merebak.

Sohor Kini