Melalui acara Xbox Inside semalam, Rare dan Xbox Game Studios mengumumkan yang beberapa kemaskini buat permainan Sea Of Thieves dengan penambahan baharu yang dipanggil Ships Of Fortune yang mana ianya akan dilancarkan pada 22 April 2020 ini.

Melalui kemaskini ini, Rare menyertakan pelbagai kandungan baharu seperti haiwan peliharaan kucing dan juga perubahan dari segi mod arena. Selain itu seperti biasa, penambahan ini juga akan menyertakan pelbagai ganjaran buat pemain dengan kelengkapan baharu yang pemain gunakan ketika mengembara. Anda juga boleh membaca keseluruhan nota kemaskini melalui pautan ini.

Sea Of Thieves adalah permainan pengembaraan dunia terbuka perkongsian di mana pemain akan mengawal sebagai seorang lanun. Pemain dan 3 lagi rakan lain, berupaya untuk memburu harta karun, berperang dengan lanun lain dan mengembara di dalam dunia terbuka tersebut sebagai lanun yang berlayar bersama kapal.

Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Xbox One dan PC melalui Microsoft Store. Sebelum ini, Xbox Game Studios juga mengumumkan yang mana permainan ini juga akan tiba di Steam kelak.

Sohor Kini