Seperti yang dijanjikan oleh Activision sebelum ini, musim ke-3 buat permainan multi-pemain Call Of Duty: Modern Warfare dan Warzone akhirnya bermula secara rasmi.
Seperti biasa, Activision dan Infinity Ward menyertakan pelbagai kandungan bukan sahaja untuk mod multi-pemain di dalam Modern Warfare, malah kandungan lain seperti langganan Battle Pass baharu dan mod baharu buat Warzone.
Seperti biasa, musim ke-3 permainan ini akan menyertakan beberapa watka Operator baharu yang anda boleh gunakan seperti Alex dari mod solo dari permainan Modern Warfare dan beberapa watak lain.
Menariknya seperti biasa, Activision juga menyertakan 3 lokasi baharu buat permainan Modern Warfare khas di mod multi-pemain yang mana buat peminat dan pemain permainan Call Of Duty: Modern Warfare pasti akan mengetahui lokasi tersebut.
Dari segi kandungan buat Warzone pula, Activision kini akhirnya menyertakan bentuk sepasukan sebanyak 4 pemain yang mana sebelum ini terhad kepada 3 dan solo sahaja. Bentuk ini semestinya akan membuka lebih banyak aspek kerjasama antara pemain dan dengan bertempurnya dengan 36 pasukan lain, semestinya permainan ini akan menjadi lebih huru hara.
Selain itu, langganan Battle Pass musim ke-3 juga disertakan yang mana ia juga akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan seperti watak Operator baru, senjata tambahan dan sebagainya. Untuk melihat senarai penuh kemaskini musim ke-3 ini, anda boleh ke pautan ini.
Call Of Duty: Modern Warfare telah pun dilancarkan tahun lepas di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Bulan lepas, Activision juga melancarkan permainan pertempuran percuma Call Of Duty: Warzone yang mana juga tiba di platform yang sama.