Setelah menunggu untuk beberapa tahun, Final Fantasy VII Remake akhirnya akan tiba pada 10 April 2020 setelah ditunda daripada tarikh asalnya pada bulan lalu.

Akan tetapi, dua hari sebelum permainan tersebut tiba di tangan-tangan pemain, beberapa kedai permainan tempatan yang cukup dikenali ramai tampil dengan kenyataan bahawa salinan fizikal permainan tersebut, termasuklah versi normal, Deluxe dan First Class akan ditunda untuk satu jangkamasa yang singkat.

Menurut mereka, ini adalah kerana para pembekal kedai-kedai ini masih belum menerima stok permainan tersebut, akibat masalah logistik yang disebabkan oleh wabak COVID-19.

Buat masa ini, mereka masih tidak tahu bilakah stok-stok permainan Final Fantasy VII Remake ini akan tiba, dan mereka akan mengumumkannya apabila mereka mendapat pengesahan daripada pihak pembekal.

Walaubagaimanapun, versi digital Final Fantasy VII Remake tidak terkesan oleh masalah ini, dan sudahpun dimuat-turun untuk dimainkan menjelang 12 malam 10 April ini.

Kami juga telah mengulas tentang permainan ini, dan anda boleh membacanya di sini.

Sohor Kini