Gears 5 Boleh Dicuba Secara Percuma Selama 5 Hari Melalui Steam

Xbox Games Studios telah menawarkan Gears 5 secara percuma untuk dicuba selama 5 hari yang bermula sekarang. Ia adalah untuk sementara waktu sahaja, selepas tawaran berakhir anda perlu membeli untuk meneruskan sesi permainan anda.

Tawaran ini berkemungkinan bersempena pelancaran kandungan baharu iaitu Operation 3: Gridiron yang tiba pada 31 Mac lepas. Anda boleh tonton video acah kandungan tersebut di bawah.

Jika anda tidak pernah memiliki Gears 5, ini adalah peluang anda untuk mencubanya. Ia mempunyai kempen yang tidak terlalu panjang, jadi dalam 5 hari ini anda berkemungkinan besar dapat menghabiskan kempen, dan mencuba mod multi-pemain untuknya.

Steam: Gears 5

Sohor Kini