Sejak pelancaran No Man’s Sky beberapa tahun lepas, Hello Games semestinya tidak pernah henti mengemaskini permainan tersebut dengan pelbagai kandungan baharu dan baru-baru ini mereka baru sahaja melancarkan kemaskini kapal “bernyawa” yang membawa beberapa kelainan buat permainan tersebut.

Terkini, mereka mengumumkan satu lagi kemaskini baharu buat permainan tersebut yang mana mereka secara rasminya memperkenalkan sut luaran mekanikal khas buat pemain di mana pemain boleh menunggangnya untuk mengembara dan menerokai planet-planet yang terdapat di dalam angkasa permainan tersebut.

Dengan nama The Minotaur, sut luaran mekanikal tersebut membenarkan pemain untuk terokai planet dengan cara baharu di mana ianya boleh melompat dengan tinggi di samping pengesan yang lebih berkuasa untuk pemain mencari beberapa benda menarik di sesuatu pulau tersebut.

Menariknya juga, sut luaran mekanikal tersebut juga boleh dinaik-taraf dengan pelbagai kelengkapan tambahan lain seperti laser penggali yang lebih berkuasa dan sebagainya.

Hello Games juga mengemaskini beberapa fungsi dan keseimbangan permainan termasuklah pernaik-tarafan visual grafik yang anda boleh baca keseluruhan nota kemaskini tersebut di laman rasmi permainan tersebut.

No Man’s Sky telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC di mana kemaskini ini adalah percuma untuk semua pemilik permainan ini dan ia boleh mula muat-turun hari ini.

Sohor Kini