Skip to main content

Bandai Namco hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan arked simulasi memancing, Ace Angler ke konsol Switch pada 21 Julai 2020 ini.

Ace Angler merupakan permainan arked yang sangat terkenal di jepun di mana ianya mempunyai bentuk permainan memancing berfantasi dengan pelbagai jenis ikan dari kecil sehinggalah ikan sebesar ikan jerung.

Melalui versi Switch ini, Bandai Namco menyatakan permainan ini akan menyokong kawalan secara pergerakan dengan menggunakan alat kawalan JoyCon. Ianya juga akan menyokong getaran HD Rumble yang akan membuatkan pengalaman permainan seakan memancing secara nyata.

Selain daripada mod multi-pemain dengan sokongan JoyCon sehingga 4 pemain, Bandai Namco juga menambah 50 spesis laut baharu di mana ianya kini mempunyai 220 jenis ikan yang boleh dipancing oleh pemain.

Bagi anda yang berminat, Bandai Namco mengesahkan permainan ini akan tiba di pasaran Malaysia menjelang Julai ini dengan sokongan sari kata bahasa Inggeris dengan suara latar bahasa Jepun.

Leave a Reply