Informasi Permainan Video Terkini
Dead Cells Untuk Android Akan Tiba Jun Ini – Pra-Daftar Kini Dibuka

Dead Cells Untuk Android Akan Tiba Jun Ini – Pra-Daftar Kini Dibuka

Diterbitkan pada Apr 8, 2020 oleh .

Playdigious hari ini mengumumkan Dead Cells untuk Android akan dikeluarkan pada 3 Jun 2020, jika berminat anda juga boleh mula pra-daftar melalui Play Store untuk mendapat peringatan apabila ia tiba.

Buat masa ini, Play Store tidak menyenaraikan harga lagi, tetapi jika mengikut di App Store ia dijual dengan harga RM34.90, ataupun RM24.90 untuk buat sementara waktu.

Dead Cells adalah permainan aksi platformer dan ia telah pun dilancarkan di PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC, ia dibangunkan oleh Motion Twin dan sekarang di ambil alih oleh Evil Empire.

Manakala Playdigious bertanggungjawab membawa permainan ini sebagai permainan mudah alih. Video acah untuk versi Android boleh ditonton di bawah.


TIPS & ULASAN