Company of Heroes Diumumkan Untuk iOS Dan Android

Feral Interactive hari ini mengumumkan yang permainan Company of Heroes yang dikeluarkan pada tahun 2006 untuk PC akan dikeluarkan untuk iPhone dan Android. Bulan lepas, ia sudah dikeluarkan untuk iPadOS.

Company of Heroes merupakan permainan strategi masa nyata yang berdasarkan perang semasa Perang Dunia ke-2. Anda boleh menonton video acah untuk versi iPadOS di bawah.

Buat masa ini masih tiada tarikh pengeluaran akan tetapi ia akan tiba sekitar tahun ini.

Sohor Kini