That Game Company minggu ini akhirnya melancarkan permainan mudah alih mereka iaitu Sky: Children of the Light di Android secara percuma dengan pembelian di dalam aplikasi untuk kandungan tambahan. Ia sebelum ini hadir secara tertutup.
Ia dikeluarkan pertama kali pada tahun lepas di iOS, di mana permainan ini telah dipilih oleh Apple sebagai permainan terbaik untuk iPhone. Selain itu, ia juga telah dimuat turun 20 juta kali setakat bulan lepas.
Permainan ini telah mendapat pujian kerana visual yang sangat menawan dengan dunia yang sangat luas, walaupun bentuk permainan yang ringkas.
[download]Play Store: Sky: Children of the Light[/download] [download]App Store: Sky: Children of the Light[/download]