Skip to main content

Nacon dan Cyanide hari ini mengumumkan yang sesi beta tertutup untuk permainan terbaru bagi siri simulasi pengurusan pasukan lumba basikal iaitu Pro Cycling Manager 2020 akan bermula pada 13 April sehingga 27 April 2020.

Bersempena dengan itu, pemain yang berminat untuk mencubanya, boleh mendaftar melalui pautan ini. Pendaftaran ini dibuka sehingga 9 April, dan pemain yang terpilih akan dihubungi secara terus.

Melalui sesi beta ini, pemain akan dapat mencuba antaramuka baharu dan juga dua fungsi baharu iaitu pengurasan moral yang akan memberi kesan kepada prestasi dan sistem perancangan untuk menetapkan perlumbaan kepada atlit.

Pro Cycling Manager 2020 dijadulkan untuk tiba pada 4 Jun 2020 di PC.

Leave a Reply