Salah satu sebab mengapa sukan elektronik ataupun Esukan adalah unik semestinya ianya boleh dipertandingkan secara atas-talian dan memfokuskan bentuk permainan kompetitif secara digital yang menjadi mudah untuk diakses di seluruh negara.

Oleh sebab itu, Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) dan Kementerian Belia & Sukan (KBS) hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan kejohanan khas secara atas-talian iaitu Esports [email protected] yang akan berlangsung bermula 6 hingga 14 April 2020 ini.

Menurut mereka, kejohanan ini akan dibuka mengikut negeri dengan dua permainan utama iaitu PUBG Mobile dan Mobile Legends Bang Bang di mana kedua-duanya akan dipertandingkan secara berpasukan.

Kejohanan tersebut akan berlangsung bagi peringkat negeri dahulu pada 9 dan 10 April ini diikuti dengan peringkat kebangsaan pada 12 hingga 14 April ini. Pendaftaran pula terbuka untuk seluruh peminat Esukan di Malaysia.

Dari segi hadiah pula, juara kejohanan ini akan berpeluang untuk membawa pulang sebanyak RM1,000 diikuti RM500 untuk tempat kedua dan RM350 bagi tempat seterusnya sehinggalah RM100 untuk tempat kelima sehingga kelapan.

ESM dan KBS menyatakan yang mana mereka menyasarkan lebih dari 500 pemain dengan 128 pasukan akan menyertai kejohanan buat kedua-dua permainan tersebut yang mana ianya bukan sahaja menggalakkan pemain untuk duduk di rumah atas sebab Perintah Kawalan Pegerakan ini malah usaha mereka untuk menjadi bakat-bakat baru Esukan di kalangan pemain Malaysia.

Untuk sebarang informasi lanjut berkenaan kejohanan tersebut bersama dengan pautan untuk membuat pendaftaran, anda boleh ke kenyataan rasmi ESM di Facebook di bawah.

Layari: Facebook ESM

Sohor Kini