2017 lepas, kami melaporkan yang mana AM General iaitu pengilang kenderaan Humvee menyaman Activision atas sebab permainan Call Of Duty menyertakan kenderaan mereka tanpa kebenaran mereka. Selang 3 tahun kemudian, tuntuntan mahkamah tersebut akhirnya tamat dengan kemenangan berpihak kepada Activision.
Menurut laporan PlayStation Lifestyle, hakim George B. Daniels dari Amerika Syarikat menyatakan pengunaan kenderaan seakan Humvee di dalam permainan tersebut adalah dibenarkan atas sebab permainan Call Of Duty merupakan satu permainan simulasi yang menggambarkan peperangan nyata. Sekaligus menggunakan reka bentuk kenderaan rasmi askar Amerika Syarikat adalah dibenarkan menurut beliau.
Tambahan itu, hakim tersebut juga menyatakan yang mana tujuan utama AM General adalah menjual kenderaan tersebut buat tentera dan Activision pula menghasilkan permainan simulasi peperangan moden dengan realistik yang dibeli oleh pengguna. Sekaligus beliau menyimpul ianya tidak membawa sebarang kekacauan buat kedua-dua produk syarikat tersebut.
Semestinya ini adalah satu kes mahkamah yang sangat lama dan dengan tamatnya tuntunan mahkamah ini, kita sekurang-kurangnya mendapat kesudahan dan penutup berkenaan isu 2017 ini.