Keisuke Kikuchi iaitu penerbit untuk siri Fatal Frame minggu ini menyatakan yang mana beliau berminat untuk membawa kembali siri Fatal Frame kembali sama ada dalam bentuk permainan pernambah-baikkan ataupun sekuel permianan.

Ketika temu bual bersama Nintendo Everything yang dilaporkan oleh Nintendo Life, Keisuke Kikuchi sendiri berharap untuk membawa kembali permainan tersebut dan terlibat dengan pembangunannya. Namun, beliau menyatakan yang mana pelancaran permainan tersebut terletak di tangan Nintendo atas mereka mempunyai hak untuk penerbitan permainan tersebut.

Keisuke Kikuchi juga menyatakan yang mana walaupun filem Fatal Frame kini sedang dalam perancangan seperti laporan kami sebelum ini, beliau masih lagi berminat untuk membawa siri tersebut dari segi bentuk permainan video untuk dilancarkan secara bersama filem tersebut.

Walaupun begitu, beliau sekali lagi mengesahkan yang mana kesemua keputusan berkenaan siri Fatal Frame hanya boleh dilakukan oleh Nintendo dan buat masa ini beliau juga sibuk dengan studio Gust dan untuk menghasilkan sesuatu dalam masa terdekat ini adalah mustahil.

Semestinya ini adalah satu perkara yang menarik dan memandangkan ianya terletak di tangan Nintendo, kami juga percaya pada masa akan datang jika peminat menyuarakan pendapat mereka untuk membawa kembali siri Fatal Frame, Nintendo mungkin akan membawa kembali. Meskipun begitu, dalam masa terdekat kita tampaknya hanya boleh menanti filem Fatal Frame yang dihasilkan oleh Christophe Gans.

Sohor Kini