Bagi anda yang sering bermain permainan seram klasik seperti siri Resident Evil ataupun Silent Hill, anda mungkin berminat dengan satu permainan seram baharu oleh Rose-Engine ini iaitu Signalis yang mana ianya merupakan permainan seram dengan visual pixel anime.

Menurut Rose-Engine, permainan ini akan dilancarkan di PC melalui Steam yang mana ianya mempunyai bentuk permainan misteri dengan pelbagai tekaria permainan seakan permainan klasik seram beberapa tahun lepas.

Signalis merupakan permainan seram yang memfokuskan bentuk pengembaraan kamera atas bawah dan ia banyak diinspirasikan berdasarkan siri permainan seram klasik seperti Silent Hill dan Resident Evil. Dengan bertemakan sains fiksyen, pembangun menyatakan permainan ini bukan sahaja mempunyai penceritaan yang berlapis malah ia akan menyertakan pelbagai bentuk pengembaraan dan pertempuran yang pasti mencabar dan menggerunkan pemain.

Buat masa ini tarikh pelancaran permainan ini masih belum diumumkan, namun bagi anda yang ingin menonton video acah permainan ini, anda boleh menontonnya di bawah.

Sohor Kini