miHoYo hari ini berkongsi satu lagi video acah baharu buat permainan Genshin Impact yang mana kali ini, ianya memperlihatkan adegan khas upacara tanglung di dalam permainan tersebut.

Berdasarkan kenyataan miHoYo, video tersebut mempunyai sedikit beberan untuk misi khas yang terdapat di dalam permainan yang mana ianya sudah pun boleh diakses buat beberapa pemain melalui beta tertutup.

Akan tetapi, bagi anda yang tidak kisah akan beberan tersebut seperti kami sendiri, anda boleh menonton video tersebut di bawah yang mana semestinya ianya memaparkan visual permainan yang sangat menawan sekali dengan rekaan lampu tanglung yang mengingatkan kami adegan daripada filem Tangled.

Genshin Impact iaitu permainan oleh miHoYo di mana mereka terkenal siri Honkai Impact sebelum ini mengumumkan permainan Genshin Impact, akan tiba di konsol PlayStation 4, Switch, PC bersama dengan versi permua di peranti iOS dan Android. Namun dari segi tarikh pelancarannya, ia masih belum diumumkan.

Sohor Kini