Genre permainan sukar seperti siri Dark Souls dan Bloodborne semestinya menjadi kegilaan ramai sejak-sejak ini. Dengan pelancaran permainan Nioh 2 yang mana saya sendiri sangat menyukainya, semestinya genre ini merupakan satu perhatian ramai untuk sesetengah pembangun.

Terkini, Playstack dan Cold Symmetry juga tidak melepaskan peluang mereka untuk membawa satu lagi permainan dengan genre yang sama iaitu Mortal Shell, di mana ianya merupakan permainan aksi RPG yang mencabar khas di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Mortal Shell merupakan permainan aksi RPG yang mana ianya menyertakan pelbagai bentuk pertempuran dengan kemahiran yang pelbagai.

Seperti genre permainan Soulsborne lain, permainan ini juga mempunyai tahap kesukaran yang mencabar dan bentuk pertempuran yang mendalam. Selain daripada keupayaan untuk tingkatkan kuasa pemain, permainan ini juga akan menyertakan pelbagai jenis musuh yang akan pasti menguji pemain.

Menurut pembangun, permainan ini akan dilancarkan sekitar suku ketiga tahun ini. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui informasi lanjut dan juga berpeluang untuk mencuba sesi beta permainan ini lebih awal, anda boleh ke laman rasmi permainan tersebut.

Kami akan mengemaskini sebarang informasi lanjut berkenaannya.

Sohor Kini