Bagi anda yang sedang berseronok dan berperang dengan permainan multi-pemain pertempuran royale Call Of Duty: Warzone, anda mungkin berminat untuk mencuba bentuk multi-pemain buat Call Of Duty: Modern Warfare yang ditawarkan secara percuma hujung minggu ini.

Menurut Activision, akses mod multi-pemain tersebut adalah terbuka buat semua pemain Call Of Duty: Warzone yang mana ianya bermula hari ini (Jam 1 pagi semalam) sehingga 7 April (Jam 1 pagi) bagi waktu tempatan.

Untuk mengakses mod tersebut, anda tidak perlu memuat-turun permainan Call Of Duty: Modern Warfare yang mana ianya boleh diakses secara terus melalui permainan Call of Duty Warzone. Activision juga mengumumkan yang mana mereka menyediakan senarai peta permainan khas untuk sesi ini dalam bentuk 6 lawan 6 dan 10 lawan 10.

Menariknya, di konsol PlayStation 4, Activision juga menawarkan permainan Call of Duty: Modern Warfare Battle Pass Edition dengan tawaran harga permainan hanya RM264.80 yang mana anda boleh dapatkan di PSN Store sempena jualan musim bunga.

Bagi anda yang berminat, anda boleh terus mencubanya di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Kami sebelum ini juga pernah mengulaskan permainan Call Of Duty: Modern Warfare yang anda boleh membacanya di artikel di bawah.

Sohor Kini