Seperti yang semua sedia maklum, semua pawagam terpaksa ditutup akibat wabak koronavirus Covid-19. Penutupan pawagam ini memberi kesan kepada filem-filem baru yang bakal ditayangkan, seperti terpaksa ditangguhkan atau terus disertakan dalam platform penstriman video. Sebentar tadi, senarai tarikh-tarikh baru bagi filem-filem MCU, Disney dan 20th Century Studios telah kami laporkan. Ini pula adalah tarikh bagi filem-filem dari Paramount Pictures.

Filem-filem Paramount Pictures diedarkan oleh UIP untuk ditayangkan di Malaysia. Filem yang kami juga tidak sabar ingin tonton adalah A Quite Place Part 2. Filem ini adalah sekuel kepada A Quite Place pada dua tahun lepas. Sekuel ini sepatutnya ditayangkan pada 19 Mac, namun turut ditundakan dan tarikh baru adalah pada 4 September 2020.

Bagi filem-filem Paramount Pictures yang lain, ini adalah tarikh tayangan mereka untuk ditayangkan di Malaysia;

  • Top Gun: Maverick – 23 Disember 2020
  • The SpongeBob Movie: Sponge on the Run – 31 Julai 2020

Berbeza dengan filem-filem dari Disney, MCU atau 20th Century Studios yang ada ditunda sehingga tahun 2021. Filem-filem baru dari Paramount Pictures setatak ini ditayangkan pada tahun ini juga. Kecuali Fast 9 yang ditunda pada tahun hadapan. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan berita lanjut seperti video acah, sinopsis dan sebagainya. Terus ikuti Aksiz untuk berita filem dan siri TV terkini.

Sohor Kini