Skip to main content

Selepas kejayaan penganjuran eRacing Grand Prix Sea (eRGP SEA) buat julung kali pada tahun lepas, Axle Motosport hari ini mengumumkan kejohanan baharu iaitu eRGP SEA – Global Edition, di mana pelumba terbaik daripada Asia Tenggara akan bersaing dengan pelumba dari Asia Pasifik.

Edisi ini akan menyertakan siri 6 pusingan, menggunakan format baharu yang mengandungi 2 kelas iaitu GT3 dan GT4.

Kelas GT3 adalah kelas pakar di mana pemain akan mengunakan kereta Ferrari, Prsche, Mercedes ataupun BMW yang telah diubahsuai. Ia akan menyertakan pemandu profesional seperti Edoardo Mortara (Formula E), Yann Ehrlacher(WTCR) dan Arjun Maini (Formula 2).

Pemandu untuk kelas ini akan dibahagikan kepada 2 kumpulan, dan 10 pemandu terbaik akan layak ke pusingan akhir.

Manakala untuk GT4, ia adalah kelas permulaan yang menyertakan kereta GT seperti BMW M6 dan KTM X Bow, yang kurang diubah suai. Kategori ini adalah untuk pelumba baharu yan ingin mencuba simulasi perlumbaan tanpa tekanan.

Pemenang untuk kelas GT3 dan juga pemandu muda terbaik yang berumur 16 hingga 20 tahun akan diberikan peluang untuk mencuba kereta lumba sebenar bersama dengan pasukan Black Arts Racing. Manakala pemenang untuk kelas GT4, akan mendapat sesi kelas bersama Axle Motorsport Academy dan barangan eksklusif.

Pemandu yang berminat, perlu melalui pusingan kelayakan melalui RaceRoom yang dibuka setiap Isnin dan ditutup hari Khamis setiap minggu. Sesi latihan bersama dengan pemandu layak dijadualkan pada Jumaat di antara pukul 5 petang hingga 7 petang.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari Facebook eRGP Sea ataupun laman rasmi mereka.

Leave a Reply