Melalui blog rasmi PlayStation, Huya dan Studio Surgical Scalpels minggu ini berkongsi satu video acah baharu buat permainan yang di bawah inisiatif PlayStation iaitu China Hero Project iaitu Boundary.

Seperti yang sering kami laporkan sebelum ini, permainan ini merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk dan lokasi di angkasa lepas. Bersempena dengannya hari ini, pembangun juga berkongsi satu video acah baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Melalui video acah tersebut, ianya memperlihatkan beberapa bentuk permainan penembak dan lokasi yang akan pemain bertempur kelak seperti lokasi di kawasan satelit yang terletak di angkasa lepas.

Dari segi “Askar” tersebut pula, permainan ini memfokuskan angkasawan yang dipanggil AO (Astroperators) yang mana mereka dilengkapi sut angkasawan khas dengan keupayaan untuk bergerak

Selain itu, Studio Surgical Scalpels juga memperlihatkan beberapa kelas watak yang pemain boleh pilih yang terdiri daripada kelas Assaulter ataupun Sniper Specialist yang mana kedua-dua nya mempunyai kemahiran taktikal tersendiri. Selain itu, permainan ini juga akan menyertakan pelbagai lagi kelas watak Astroperators lain yang mana akan membantu pemain bertempur secara berpasukan.

Buat masa ini, tarikh pelancaran permainan ini masih belum diumumkan dan berdasarkan kenyataan pembangun, ianya akan dilancarkan sekitar tahun ini di konsol PlayStation 4 dan juga di PC.

Sohor Kini