Informasi Permainan Video Terkini
Jill Valentine Akan Menyertai Barisan Watak Resident Evil Resistance Menjelang 17 April Ini
PC

Jill Valentine Akan Menyertai Barisan Watak Resident Evil Resistance Menjelang 17 April Ini

Diterbitkan pada Apr 3, 2020 oleh .

Sebelum ini kami berkongsi yang mana permainan Resident Evil Resistance, iaitu mod multi-pemain buat Resident Evil 3 akan menyertakan watak Jill Valentine dari Resident Evil 3.

Terkini, Capcom akhirnya mengumumkan yang mana watak tersebut akan tiba pada 17 April 2020 ini, bersama dengan satu video acah khas sempena pelancaran permainan tersebut hari ini.

Seperti yang kami laporkan, Resident Evil Resistance merupakan mod multi-pemain yang memfokuskan antara empat lawan satu pemain. Melalui kemaskini percuma permainan ini pada 17 April ini, ianya akan menyertakan watak Jill Valentine yang pemain boleh gunakan di dalam sesi multi-pemain terebut.

Selain itu, Resident Evil Resistance juga menyertakan pelbagai watak baharu bersama-sama dengan watak penjahat yang terkenal di dalam siri permainan Resident Evil seperti Alex Wesker, Annette Birkin dan Ozwell E. Spencer.

Resident Evil 3 telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC pada hari ini. Kami di Aksiz pasti akan membuat ulasan penuh permainan ini kelak.


TIPS & ULASAN