Sea Of Thieves Diumumkan Bakal Tiba Di Steam

Microsoft dan Rare hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Sea Of Thieves di Steam. Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Xbox One dan PC melalui Microsoft Store dan Xbox Game Pass.

Sea Of Thieves adalah permainan pengembaraan dunia terbuka perkongsian di mana pemain akan mengawal sebagai seorang lanun. Pemain dan 3 lagi rakan lain, berupaya untuk memburu harta karun, berperang dengan lanun lain dan mengembara di dalam dunia terbuka tersebut sebagai lanun yang berlayar bersama kapal.

Sebelum ini kami juga melaporkan permainan ini telah mencapai jumlah pemain melebihi 10 juta pemain. Dengan tibanya di platform Steam, kami percaya lebih banyak pemain yang akan bermain permainan kelak.

Selain itu, Xbox Game Studios juga baru-baru ini mengadakan jualan khas buat beberapa permainan mereka yang tiba di Steam seperti State Of Decay, Age Of Empires dan sebagainya yang anda boleh lihat di artikel ini.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya di Steam masih belum diumumkan, tetapi bagi anda yang berminat, laman Steam permainan tersebut telah pun dimuat-naik dan anda boleh letakkan di senarai hajat anda untuk mendapat peringatan apabila ia dilancarkan kelak.

Layari Steam: Sea Of Thieves

Sohor Kini