Bithell Games dan Good Shepherd Entertainment hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan John Wick Hex ke konsol PlayStation 4 pada 5 Mei 2020 ini.

Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di PC melalui Epic Games Store yang mana ianya dijual dengan harga hanya sekitar RM44 sahaja.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini memfokuskan bentuk pertempuran aksi strategi yang mana ianya mempunyai elemen Gun-Fu yang sangat mendalam.

Dari segi penceritaan, Lionsgate Games mengesahkan bahawa permainan ini akan mengembangkan daripada penceritaan asal filem dan ia akan mempunyai penceritaan asli yang dihasilkan khas buat permainan ini.

Dengan pelancaran versi konsol ini juga, Bithell Games mengumumkan yang mana mereka bekerjasama bersama Ant Workshop untuk menghasilkan kawalan khas yang menggunakan alat kawalan Dualshock 4 yang mana setiap gerak geri dan kemahiran John Wick lebih mudah untuk dimainkan buat versi ini.

Bagi anda yang berminat dengan siri John Wick, jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkannya menjelang bulan hadapan.

Sohor Kini