Team17 dan Aggro Crab Games hari ini mengumumkan satu permainan baharu yang memfokuskan bentuk Dungeon Crawler iaitu Going Under.
Menurut mereka, permainan ini akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC sekitar suku ketiga tahun ini.
Seperti yang kami nyatakan di tajuk di atas, permainan ini memfokuskan dunia pengembaraan “Dungeon Crawler” yang bertempatkan di syarikat startup di mana pemain akan melakukan latihan amali di dalam bidang pemasaran. Watak pemain iaitu, Jackie Fiasco akan mengembara dengan bertempur pelbagai jenis “musuh” rakan sekerja ataupun ketua pegawai eksekutif di pelbagai syarikat startup.
Selain itu, permainan ini juga menyertakan pelbagai jenis senjata seperti alatan ofis, laptop, pensil dan sebagainya dengan pelbagai jenis kemahiran yang pemain boleh pelajari melalu kafe syarikat tersebut.
Jadi bagi anda yang tidak menyukai latihan amali ataupun syarikat anda sendiri, anda mungkin berminat untuk bermain permainan ini dan membalas dendam secara maya. Kami akan mengemaskini tarikh pelancarannya setelah ia diumumkan kelak.