Bandai Namco hari ini mengumumkan yang pemilik The Dark Pictures: Man of Medan menerima satu lagi pas kawan untuk digunakan sehingga 1 Mei ini.

Melalui pas kawan ini, pemilik permainan tersebut boleh bermain bersama dengan seorang rakan secara dalam talian, dan rakan tersebut tidak perlu memiliki permainan tersebut.

Tawaran ini adalah untuk semua platform iaitu PlayStation 4, Xbox One dan PC. Untuk maklumat lanjut, termasuk juga cara menggunakan pas ini anda boleh rujuk laporan kami semasa pas ini ditawarkan pada tahun lepas.

The Dark Pictures Anthology: Man Of Medan telah pun dilancarkan sebelum ini di mana kami juga telah pun mengeluarkan ulasan secara penuh. Bagi anda yang ingin membacanya, anda boleh ke pautan di bawah.

Sohor Kini